Seremban, 2 September 2025 – Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 – “United By Sarong” yang akan diadakan pada Sabtu, 27 September 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.
Program yang dijangka menghimpunkan lebih 350 kanak-kanak tadika serta 1,000 pengunjung ini bertujuan meraikan semangat perpaduan, kebudayaan, dan identiti nasional melalui pelbagai pengisian kreatif yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil.
Antara pengisian utama sambutan termasuk:
-
Usahawan Si Cilik Madani – Gerai usahawan dengan pelbagai jualan oleh si kecil.
-
Silang Budaya Si Cilik Madani – Persembahan silang budaya oleh kanak-kanak tadika.
-
Teater Imersif Merentas Masa – Pementasan teater istimewa melibatkan 14 tadika yang membawa penonton merentasi perjalanan sejarah dan nilai kebangsaan.
Bagi memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan persembahan hebat ini, tiket akan dijual secara atas talian tidak lama lagi dengan harga seperti berikut:
-
Persembahan Silang Budaya: RM15 seorang atau pakej RM55 untuk 4 tempat duduk.
-
Teater Imersif Merentas Masa: RM50, RM40, RM30 & RM20 mengikut kategori tempat duduk.
Menurut Pengerusi TUNTASN9, program ini bukan sekadar hiburan, malah platform untuk membina jati diri kanak-kanak, memperkenalkan semangat keusahawanan sejak kecil serta menghayati kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Malaysia.
“Kami percaya melalui sambutan seperti ini, kanak-kanak bukan sahaja dididik untuk berbangga dengan identiti kebangsaan mereka, malah dapat memupuk nilai perpaduan dan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya sejak usia awal,” ujar beliau.
Orang ramai, khususnya ibu bapa, dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong dan meraikan Bulan Kebangsaan 2025 dengan penuh warna dan makna melalui penganjuran ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9)
📧 Emel: tuntasn9@gmail.com
📞 Telefon: 016 666 7691 (Pn Sherene)
🌐 Laman Web: www.tuntasn9.com.my